Cara penggantian kepala soket

Anda tak perlu risau sekiranya kepala soket rosak dan tak perlu bersusah payah untuk mencari orang untuk baikinya. Anda pun boleh lakukanya sendiri tanpa mengeluarkan modal yang banyak. Hanya perlu kepala soket yang baru saja. saya akan tunjukkan caranya. Anda hanya perlu pastikan wayar didalam kepala soket kerana setiap warna kabel mewakili arus yg tertentu. Merah @ Choklat :- wayar hidup(L) , Hitam @ Biru :- wayar neutral (N) , Hijau :- wayar bumi (E). Yang penting anda hanya perlu pastikan kedudukan wayar didalam kepala soket. Anda tak perlu bimbang kerana ianya tak bersambung terus dgn arus elektrik. Pastikan mcmmana anda buka macam itu juga anda pasang. Mudahkan....