Tips Sekiranya Berlaku Litar Pintas

Anda tak perlu bimbang sekiranya berlaku litar pintas dirumah anda. Saya akan beri tips kepada anda bagaimana caranya untuk selesaikannya. Anda perlu tahu apa itu DB Board terdahulu. Tak kenal maka tak cinta. DB ialah satu kotak yg terdapat didalam rumah anda yg mengawal segala litar elektrik yg terdapat di dalam rumah anda. Selalunya ia diletakkan dibahagian dalam depan rumah anda selalunya dikawasan ruang tamu anda. Dah tahu apa itu DB kan. Pernahkah terjadi litar pintas dirumah anda ketika waktu kilat, mesti pernahkan? Selalunya salah satu suis didalam DB anda akan terpelantik dengan sendirinya yg menyebabkan black out dan itu adalah ELCB. Keadaan ini juga akan berlaku sekiranya peralatan didalam rumah anda mengalami kerosakkan. Sekiranya berlaku seperti ini anda tak perlu bimbang anda hanya perlu OFFkan kesemua suis yg terdapat didalam DB tersebut. Langkah seterusnya anda perlu ONkan semula suis iaitu bermula dgn Main Suis(suis yg selalunya terdapat disebelah kiri DB board) dan  kemudian ONkan ELCB suis serta seterusnya MCBsuis(suis yg mempunyai tanda 6A,10A,15A,20A,32A) satu persatu sehingga habis. Sekiranya berlaku suis ELCB terpelantik apabila anda sedang ONkan salah satu MCB suis ini menandakan salah satu litar tersebut mengalami kerosakkan iaitu dari peralatan didalam rumah anda. Oleh itu anda hanya perlu OFFkan suis yg menyebabkan ELCB terpelantik tersebut dan ONkan semua suis yg lain. Dari situ anda akan tahu apakah penyebabnya, sekiranya suis yg anda ONkan itu tertera 6A @ 10A itu menandakan litar yg mewakili peralatan lampu manakala 15A,20A @ 32A adalah litar soket. Sekiranya litar soket, anda perlu pastikan semua peralatan yg menggunakan plug mestilah ditanggalkan dan ulagi langkah yg saya BOLDkan. Manakala litar lampu anda perlu offkan kesemua suis lampu tersebut dan ulangi langkah yg di BOLDkan dan kemudian anda onkan suis lampu satu persatu, jika terplantik dari salahsatu suis yg anda on, itu menandakan lampu tersebut mengalami kerosakkan. Saya berharap anda dapat tahu serba sedikit untuk selesaikan masalah sekiranya berlaku pada waktu2 kecemasan.