Thursday, January 27, 2011

Kucing Oh Kucing


Sebenarnya aku nie pencinta fauna tambahan lagi kucing. Kiranya aku nie pantang jumpa kucing yang gebu sedikit mesti aku berkenan punya, aku memang ada bela kucing tapi yang pelik kucing aku nie tiada nama... aku tak pernah nak letak nama pun kat depa, pelik kan2.... Sebenarnya aku nie dah malas dah nak bela kucing tapi masih sayang lagi la. Aku ada juga letak iklan dekat mudah.my untuk sapa yg berminat nak beli tapi tak siapa pun mau, nak dikatakan tak comel memang comel kucing aku nie bukan apa cuma aku kesian kat jiran2 aku sebab almaklumla kalau kucing aku melepas memang baunya harum semerbak bak bunga tahi ayam hehehe...... Ikutkan hati aku nak bagi aja kat jiran sebelah aku yang selang beberapa pintu ngan aku nie. Maklumla kalau kita duduk kat taman.... payah nak bela2 sket. Kita kena jaga juga keselesaan jiran kita yetak.... Kalau sesiapa berkenan boleh le cari aku yer...

Wednesday, June 2, 2010

Broadband Oh Broadband

Aku cukup bengang pasal broadband aku........ asal aja aku nak serve internet lembab aja jadinya, tu yang buat aku tension sangat tu. Mana tidaknya nak wat apa pun tak boleh... nak dijadikan cerita, aku langgan broadband celcom maklumlah masa tu ada promosi pakej gomen cuma perlu bayar Rm 50 aja. Aku pun sebat... yelaa depa kata coverage ok, kira line clearla..... Tula sebat punya sebat sekali aku dah kena da.. yelaa aku bayar tak pernah miss tapi line macam hampeh... sikit punya lembab. Jalur lebar konon... itu bukan jalur lebar tapi itu jalur biru cap kepala agung aja yang depa nak. Ikutkan hati nak aja aku terminate line nie tapi aku kena bayar beratus plak atas alasan kontrak tapi depa tak fikir pulak tentang perkhidmatan depa..... masalah dunia betulla.....

Thursday, February 25, 2010

Kenangan Sedihku

Hari ini merupakan satu hari yang aku tak dapat lupakan. Hari ini jugalah hari perletakan jawatan aku. Nak dijadikan cerita... ditempat kerja aku nie memang setiap pagi ada morning breafing. Macam biasalah setiap hari kena bagi report kat supervisor... biasalah tu. Hari ini memang rakan sekerja aku dah tahu yang hari ini last kerja bagi diriku. Aku pun rasa macam tak best aja semenjak dua menjak nie. Rasa sayang nak tinggalkan kerja aku disini bukan saja2 aku nak resign di tempat kerja lamaku tapi aku nak cari pengalaman baru di tempat kerja yang aku mintak dulu. Berbalik pada cerita asal............... selepas selesai semua laporan diberikan, chip besar aku pun buat pengumuman tentang perletakan jawatan aku. Semua staff perlu beri ucapan kepada aku............seorang demi seorang. Setibanya giliran sahabatku yang duduk bersebelahanku untuk memberi ucapan, dia tiba2 menangis sambil memelukku.Aku ingatkan dia main2 tapi sungguh2 rupanya lepastu aku pun join sekakila tangkap nangis uwwwaaaaaaaaaaaaaa........... aku ingatkan kami aja yang tangkap nangis, bila aku tengok yang lain pun join gak...... tula sekeras-keras hati manusia mesti ada kelembutannya juga. Sampai aku pun tak boleh nak bagi ucapan. Sedih sungguh uuwwaaaaaaaaaaa.......... bila selesai semuanya aku pun keluar. Bila sampai aja dekat luar aku pun kata dekat member aku " yang abang mat p teriak tu buat apa abih saya pun teriak". Member2 lain pun pakat duk gelak pulak hhheee.........biasala semua member2 kamceng(rapat).
I Will Miss U All